Select Page

Membantu Anda Mencari Tujuan
Tuhan Untuk Hidup Anda

Mei 27 – 31, 2024 | Ipoh, Malaysia
Konferensi Belia dan Muda-Mudi

Apakah itu Go Fest Malaysia?

Sebuah Konferensi Belia & Muda Mudi (berumur 15 – 25-tahun) yang membantu anda menemui tujuan Tuhan dalam hidup anda. Alami penceramah yang dinamik, pujian penyembahan yang bersemangat, seni pentas dan bengkel- bengkel latihan, serta pelayanan luar selama 2 hari. Kita semua mempunyai peranan penting, soalannya adalah apakah bahagian anda? Datanglah ke Go Fest Malaysia dan belajarlah tentang matlamat Tuhan dan panggilan-Nya dalam kehidupan anda.

Konferensi dijalankan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

Membantu anda mencari tujuan

 

Menemui Tuhan

 

Mendengar Suara Tuhan

 

Pergi!

Pr Chris Long

Pastor di Gereja KingdomCity KL

Chris Long telah melakukan pelayanan anak muda selama 4 dekad. Semangatnya akan dapat mengisnpirasi anda untuk hidup dan mengikut Yesus dengan sepenuh hati.

Garth Gustafson

Seorang pemimpin & perintis di YWAM
Garth Gustafson telah merintis sebuah pelayanan yang berkembang di Kemboja. Beliau sangat semangat mengikuti Yesus, pembangunan kepimpinan dan membangkitkan gelombang anak-anak muda seterusnya pergi ke bangsa-bangsa.

Edwin Fillies

Seorang pemimpin & perintis di YWAM
Edwin Filies telah memulakan beberapa pelayanan dan mempunyai semangat untuk melihat golongan anak muda, terutama dari negara-negara suku dan negara yang sedang membangun diutus ke dalam panggilan dan destini mereka.

DAN Tetamu Istimewa

BENGKEL-BENGKEL LATIHAN

Setiap petang terdapat pelbagai pilihan bengkel latihan. Banyak yang akan diulang supaya anda tidak terlepas.

Media Untuk Menjangkau

Permainan Kanak-Kanak

v

Bercerita

Pelayanan Sukan

U

Mencari Harta Karun

Penemuan Kuasa

Mengongsikan Cerita Anda

w

Mendengar Suara Tuhan

Menyampaikan Kisah-Nya

dan lebih lagi

Lokasi

Gereja Methodist Caning Garden

23, Jalan Keliling, Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak, Malaysia

Acara Sudah Ditempah Sepenuhnya

YURAN PENDAFTARAN

Yuran Pendaftaran adalah RM230 

selepas 28 April RM290 

Makanan:

Makanan yang ditandakan biru dalam rajah dibawah disertakan sekali dalam yuran. Semua makanan yang mempunyai titik oren adalah tanggungjawab anda. Pilihan pembelian makanan untuk makan malam akan didapati di lokasi.

Pengangkutan:

Anda bertanggungjawab untuk pengangkutan anda sendiri iaitu pergi dan balik ke lokasi konferensi. Pengangkutan ke lokasi pelayanan luar anda dan ke lokasi konferensi setelah pelayanan luar sudah termasuk di dalam Yuran Pendaftaran.

Penginapan:

Penginapan tidak termasuk dalam Yuran Pendaftaran kecuali Khamis petang SAHAJA semasa Fasa Pelayanan Luar. Kita mempunyai bilangan terhad untuk pilihan penginapan. Anda bertanggungjawab untuk penginapan anda selama konfrensi. Lihat dibawah untuk pilihan penginapan yang ada. 

Biasiswa untuk Orang Asli dan Anak Negeri:

Terdapat sejumlah biasiswa yang terhad disediakan untuk Orang Asli dan Anak Negeri. Untuk melayakkan diri bagi mendapatkan biasiswa ini, anda perlu memohon dan mendapatkan cadangan daripada pastor gereja anda. Apabila anda mendaftar, klik kotak meminta butiran lanjut dan kami akan menghantarnya kepada anda.

PENGINAPAN

Bagi orang-orang di luar Ipoh terdapat bilangan yang terhad untuk pilihan penginapan ada yang akan diperuntukkan pada ‘siapa cepat dia dapat’ Ini terdiri jenis pernginapan domitori / ruang lantai gereja / homestay. Kos bergantung pada pilihan yang anda pilih.

Harga berikut adalah untuk 5 malam kecuali dinyatakan sebaliknya (tiba Isnin 27 Mei dan pulang pagi Sabtu 1 Jun) dan tertakluk kepada perubahan.

Apabila anda mendafatar anda akan ditanya tentang penginapan manakah anda mahu pilih dan maklumat lanjut akan disediakan.

 

Penginapan Bajet/Asas

Diantara RM 50 hingga RM 120 untuk 5 malam seorang

Jenis penginapan domitori / ruang lantai gereja; tiada penghawa dingin; berjalan kaki ke lokasi Go Fest Malaysia, atau pengangkutan untuk yang jauh bas adalah termasuk untuk anda pergi dan balik dari tempat konferensi atau anda boleh menggunakan pengangkutan anda sendiri.

Penginapan Domitori Seherhana

Diantara RM150 hingga RM250 untuk 5 malam seorang

Jenis penginapan domitori dengan penghawa dingin; pengangkutan bas yang disediakan untuk pergi dan balik dari lokasi atau menggunakan pengangkutan sendiri.

Penginapan yang ditempah sendiri

Tempah penginapan anda sendiri menggunakan AirBnB, booking.com atau aplikasi lain. Sediakan pengangkutan sendiri untuk pergi dan balik dari lokasi.

Acara Sudah Ditempah Sepenuhnya

TENTANG GO FEST MALAYSIA

Go Fest Malaysia adalah misi konferensi yang dianjurkan oleh Youth With A Mission (YWAM) Malaysia untuk melengkapi belia dan muda-mudi.